12 lagi pendakwah selebriti terima tauliah daripada Maidam

KUALA TERENGGANU - Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, kumpulan pendakwah itu menerima sijil tauliah pada sesi temuduga hujung Mei lalu bersama-sama Ustaz Azhar Idrus.
Menurutnya, antara selebriti terlibat ialah PU Azihal (Azihal Bangsawan), PU Syed (Syed Mohd Bakri Syed Ishak), Abdullah Khairi Haroon, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ahmad Rizam Ghazali dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre.
"Tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Maidam itu sah untuk tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 untuk menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab.