'Terima kasih atas sumbangan semua'

Nor Azila mengemas barang sumbangan orang ramai untuk anak saudaranya.
Nor Azila mengemas barang sumbangan orang ramai untuk anak saudaranya.
A
A
A

REMBAU - "Terima kasih semua. Cukup-cukuplah," kata Nor Azila Sahran, 38, ibu saudara kepada enam beradik yang kematian ibu akibat kemalangan jalan raya di Rembau pada 25 April lalu.

Menurutnya, dia tidak sangka bantuan daripada pelbagai pihak terlalu banyak diterima sehingga terpaksa menumpang letak di rumah bapa saudara.

"Paling banyak sumbangan beras dan pakaian. Rumah saya ini sudah jadi macam kedai kalau kesemuanya disimpan di sini.

"Apa-apa pun saya sangat menghargainya. Cuma saya tidak mahu membazir, takut barang makanan itu rosak. Kalau pakaian terpakai itu berbeg-beg," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Legong Ulu di sini, hari ini.

Barang-barangan sumbangan orang ramai.
Barang-barangan sumbangan orang ramai.

Selain itu katanya, masuk minggu kedua Ramadan, keadaan anak Allahyarham berada dalam keadaan baik, melainkan dua daripadanya alami batuk dan selsema.

Menurutnya, paling tidak disangka ada pihak yang mengadakan majlis berbuka puasa di rumahnya bagi memberi kegembiraan kepada anak Allahyarham.

"Saya tengok anak-anak arwah baik sahaja. Mereka tiada pula mengadu pada saya apa-apa, tapi tidak tahu pula kalau bercakap sesama sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Tapi anak-anak ini seronok kerana ramai datang. Ada yang bawa mereka beli baju raya yang tidak pernah dirasai sebelum ini," katanya.

Nor Azila berkata, meskipun sumbangan diberi untuk anak Allahyarham, namun dia bersyukur kerana turut menerima tempias.

Allahyarham meninggalkan enam anak Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12, Nor Aina Syazwani, 10; Nor Aina Syazlina,9; Nor Aina Syazlin, 7; Nor Aina Syazliyana, 5 dan Muhammad Aiman Syazrizal 18 bulan.