Ramsdale buktikan masih padu di gawang

Ramsdale. - Foto Agensi
Ramsdale. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN gol, Aaron Ramsdale membuktikan masih tangkas di gawang apabila aksi padunya membantu Arsenal melangkah ke pusingan keempat Piala Liga.

Kekebalannya di benteng terakhir Arsenal membuktikan Ramsdale masih menjadi pilihan nombor satu pengurus The Gunners, Mikel Arteta.

Arsenal mengalahkan Brentford 1-0 hasil jaringan minit kelapan Reiss Nelson, tetapi kehandalan Ramsdale di gawang memastikan kedudukan itu kekal hingga tamat permainan.

Ramsdale tidak beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini apabila Arteta memilih David Raya untuk membarisi kesebelasan utama.

Brentford hampir memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-66 tetapi Ramsdale berjaya menidakkan percubaan Yoane Wissa.

“Ia aksi menyelamat yang hebat.

Usaha itu penting bagi kemenangan ini.

Saya yang membawanya ke kelab ketika semua orang mempersoalkan keputusan itu,” ujar Arteta.

Artikel Berkaitan: