'Agong dah balik, jalan di Sabah kembali rosak'

KOTA KINABALU - Selepas kira-kira tiga minggu Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah menelusuri jalan di negeri ini berakhir, tular semula jalan raya di sebahagian tempat kini kembali seperti 'jalan ke bulan'.
Ia susulan dakwaan pengguna jalan raya bahawa sebahagian laluan kembali rosak disebabkan penyelenggaran dilakukan tidak menggunakan bahan yang berkualiti.
Keadaan itu turut dikongsikan pengguna akaun di TikTok yang memaparkan keadaan sebahagian jalan di sekitar negeri yang didakwa pernah dilalui Yang di-Pertuan Agong kembali rosak.
Gambar yang dikongsikan sejak tiga hari lalu itu turut disertakan dengan keterangan 'Agong dah balik. Jalan Sabah roboh balik' dengan memetik sumber daripada sebuah portal.