SK Taman Alam Megah, SK Seksyen 20 tentukan juara Piala Raja Muda Selangor

Antara aksi menarik perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor, SK Taman Alam Megah menentang SK Seri Selangor di padang SK Putra Heights 2 pada Rabu.
Antara aksi menarik perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor, SK Taman Alam Megah menentang SK Seri Selangor di padang SK Putra Heights 2 pada Rabu.
A
A
A

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah mencipta sensasi apabila mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor 2023.

Tambah menarik SK Taman Alam Megah mara selepas menyingkirkan cabaran penyandang juara SK Seri Selangor 1-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Rabu.

Kemenangan yang disifatkan sebagai kejutan kejuaraan itu membolehkan SK Taman Alam Megah berstatus giant killers berdepan satu lagi pasukan pilihan juara SK Seksyen 20 dalam perlawanan akhir edisi ke-34.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada 3 Oktober depan.