PRK: Polis buka satu kertas siasatan

KUANTAN - Polis telah membuka satu kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula Sabtu lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.
Sementara itu, Yahaya berkata sebanyak 24 permit ceramah telah diluluskan bagi kempen PRK DUN Pelangai setakat ini.