Baiki kenderaan guna dana zakat: LZS tidak lantik pihak ketiga

Terdahulu, LZS mendapat maklumat mengenai sebuah laman di Facebook yang membuat tawaran untuk membaiki kenderaan motor dengan pembiayaan daripada dana zakat.
Terdahulu, LZS mendapat maklumat mengenai sebuah laman di Facebook yang membuat tawaran untuk membaiki kenderaan motor dengan pembiayaan daripada dana zakat.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak melantik mana-mana pihak ketiga, agensi luar atau bengkel panel untuk menawarkan khidmat membaiki kenderaan asnaf menggunakan dana zakat.

Sebaliknya, agensi tersebut memaklumkan bantuan itu hanya diluluskan dan disalurkan kepada individu memenuhi syarat serta kelayakan untuk memperoleh khidmat atau peralatan daripada pihak terbabit.

"Bantuan ini adalah di bawah kategori asnaf gharimin," kata LZS dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi agensi itu.

Terdahulu, LZS mendapat maklumat mengenai sebuah laman di Facebook yang membuat tawaran untuk membaiki kenderaan motor dengan pembiayaan daripada dana zakat.

Menurut LZS, hantaran seperti itu akan mengelirukan masyarakat dan mungkin boleh menimbulkan salah faham antara pemohon dan pihak LZS.

"Jadi, kami mohon jasa baik pemilik kepada laman Info Warga Hulu Langat, YenS Garage Motor Hulu Langat dan pemilik akaun Facebook @Shahman Kamaruddin untuk menurunkan posting tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat," ujarnya.

Artikel Berkaitan: