Chelsea masih dalam pembikinan

Mauricio Pochettino - Foto AFP
Mauricio Pochettino - Foto AFP
A
A
A

MAURICIO Pochettino menggesa para pemain Chelsea untuk terus percaya pada diri mereka sendiri selain perlu memperbaiki masalah penyudah untuk lebih tajam di hadapan gol.

The Blues ketika ini berada di kedudukan ke-14 dalam carta Liga Perdana Inggeris, hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas satu kemenangan dalam enam perlawanan pertama mereka.

Chelsea yang berbelanja besar telah mengumpul hanya lima gol dalam liga — dan tiga daripadanya datang dalam kemenangan 3-0 menentang Luton.

Pochettino berkata, dia nampak perubahan positif dalam pasukan dan menegaskan Chelsea masih dalam proses untuk meningkat.

“(Ia adalah) masa yang sangat singkat untuk kami semua. Secara realistik, kami hanya bermula selepas tingkap perpindahan ditutup. Ia adalah sedikit keadaan yang tidak stabil," katanya.

Dia berkata, Chelsea yang dilanda kecederaan mempunyai rentak permainan yang baik terutama dengan idea dan mendominasi perlawanan, tetapi bergelut untuk mencari jaringan gol.

“Setiap pemain bola sepak di negara ini melihat Chelsea berhak mendapat lebih tetapi kami telah terlepas (menjaringkan) gol, perkara paling penting dalam bola sepak.

“Kami perlu dikritik, sudah tentu kerana kami tidak memenangi perlawanan tetapi kami perlu terus kuat.

Artikel Berkaitan:

“Pasukan ini sangat tersusun. Anda boleh lihat menentang Aston Villa (perlawanan Chelsea tewas 1-0) bagaimana pemain bertarung dengan 10 pemain.

“Kami bermain dengan baik, cuma kami tidak klinikal di hadapan gawang. Itulah yang perlu kami perbaiki dan cuba memberikan lebih keyakinan kepada penyerang kami," katanya.