Chelsea akhiri kebuntuan gol

Jackson (kiri) meledak gol tunggal ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton 1-0 pada Khamis. -Foto: AFP
Jackson (kiri) meledak gol tunggal ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton 1-0 pada Khamis. -Foto: AFP
A
A
A

KEBUNTUAN Chelsea untuk menemui gawang sepanjang bulan ini akhirnya terlerai apabila Nicolas Jackson meledak gol ketika The Blues melakar kemenangan 1-0 ke atas Brighton awal pagi Khamis.

Kemenangan itu diraih pada pusingan ketiga Piala Liga dan Chelsea akan menentang kelab Liga Kejuaraan, Blackburn pada pusingan keempat.

Saingan itu membuka peluang cerah buat anak buah Mauricio Pochettino untuk mara ke kelompok lapan terakhir.

Jaringan itu merupakan gol kedua Jackson buat Chelsea sejak berpindah dari Villarreal pada musim panas lalu.

Pochettino yang berpuas hati dengan aksi mantap Jackson berharap momentum itu dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.

"Sangat penting apabila seorang penyerang menghasilkan gol dan saya gembira untuknya. Saya harap momentum ini akan dikekalkan," katanya.

Bekas pemain Manchester City, Cole Palmer pula membuat debut untuk Chelsea dan menjadi pemain paling menonjol dengan hantarannya menjelmakan gol tunggal jaringan Jackson.

"Cole seorang pemain yang sangat berbakat. Dia adalah kunci dalam kemenangan ini. Kita dapat lihat betapa bagusnya dia pada aksi ini," ujar Pochettino.

Artikel Berkaitan: