Pakar bius laung azan di masjid sebelum bunuh ibu bapa

Gambar hiasan. - Agensi
Gambar hiasan. - Agensi
A
A
A

KAHERAH - Seorang pakar bius ditahan selepas disyaki membunuh ibu bapanya yang sudah tua dalam kejadian di Iskandariah, Mesir.

Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas pegawai Direktorat Keselamatan Iskandariah menemui mayat seorang lelaki tua dan isterinya yang berlumuran darah di sebuah apartmen di daerah Sidi Bishr.

Siasatan awal pihak pendakwa raya mendapati anak pasangan itu sebagai suspek utama pembunuhan.

"Suspek mengalami gangguan psikologi yang teruk. Dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," kata pegawai.

Penahanan suspek dibuat selepas polis menerima maklumat daripada jururawat yang menjaga kedua-dua mangsa berhubung kelakuan pelik suspek sebelum pembunuhan itu berlaku.

Sementara itu, saksi memberitahu media tempatan bahawa suspek dilihat mengunjungi masjid dan berulang kali melaungkan azan dan menangis serta mengungkapkan kata-kata yang tidak difahami.

"Dia kelihatan seperti terganggu dan bersikap aneh semasa berada di dalam masjid," kata saksi yang enggan namanya disiarkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: