Himpunan Selamatkan Malaysia: Ahmad Fadhli beri keterangan pagi ini

Tangkap layar hantaran Ahmad Fadhli di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar hantaran Ahmad Fadhli di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 11 pagi untuk memberikan keterangan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur, 16 September lalu.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ia merupakan kali ketiga dalam sebulan yang mana beliau diminta memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, polis sangat profesional dalam menjalankan tugas, namun kerana ada laporan, siasatan perlu dibuat.

“Kita bagi kerjasama, pihak ’sana’ teruskanlah buat laporan dan tekanan.

“Mana tahu tiba-tiba jadi pembangkang semula, tiada peluang pula nak bagi tekanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Polis Kuala Lumpur menerima 22 laporan daripada pihak tidak bersetuju dengan Himpunan Selamatkan Malaysia yang turut melibatkan beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerangkan, laporan tersebut dibuat pemilik premis serta orang awam.

Artikel Berkaitan: