Jangan sampai anak-beranak bergaduh berebut harta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUDAH lapan tahun Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor, tetapi sampai hari ini masalah berbahagi harta belum lagi selesai.

Allahyarham meninggalkan harta RM2.1 bilion, termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah. Pada tahun 2018, isteri Allahyarham memfailkan tuntutan harta sepencarian dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya yang kini berusia 89 tahun sebagai defendan.

Selepas lima tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini menetapkan kes itu diteruskan dengan perbicaraan kerana pihak-pihak terlibat gagal mencapai kata sepakat.

Merak Jalanan hanya dapat berdoa agar masalah keluarga ini segera selesai. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil iktibar daripada kisah ini. Inilah adalah antara sebab banyak harta pusaka jadi tergantung dan terbeku.

Mengikut rekod Amanah Raya Berhad, lebih RM500 juta dana peninggalan si mati belum dapat diagihkan kepada individu yang berhak disebabkan waris-waris si mati gagal dikesan sejak 30 tahun lalu.

Menurut laporan, perbalahan dalam kalangan ahli keluarga dan jumlah waris yang ramai turut menjadi punca harta pusaka berjumlah RM70 bilion di negara ini masih beku.

Ini satu kerugian besar kepada ekonomi orang Islam dan Malaysia. Nilai RM70 bilion itu bukan kecil anak, hampir sama dengan jumlah subsidi di negara ini untuk tempoh setahun.

Merak Jalanan taklah pandai sangat dalam hal ehwal pusaka, tapi sebagai orang Islam kita kena ambil tahu juga bagaimana hendak buat wasiat, hibah dan mengurus harta selepas mati.

Artikel Berkaitan:

Jangan bila sudah meninggal dunia nanti, anak-beranak bergaduh berebut harta.