Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima orang awam kerana meminta rasuah berjumlah RM3,000.

Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki yang berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 8 malam Isnin.

Difahamkan, kesemua suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.