PRK Pelangai: Amizar yakin sokongan warga Felda

Amizar ketika menyantuni Orang Asli Kampung Gapoi pada Isnin.
Amizar ketika menyantuni Orang Asli Kampung Gapoi pada Isnin.
A
A
A

BENTONG - Dakwaan bahawa pengundi di penempatan Felda kini bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai sekadar cakap-cakap politik ketika musim kempen Pilihan Raka Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam berkata, apa pun dakwaan yang dilemparkan, selaku anak felda, beliau yakin dengan sokongan yang ada.

"Itu biasa...ia (cakap-cakap) politik sebab yang bertanding ni dua-dua orang Felda.

"Kalau dia (Pas) kata (bukan) kubu kuat (BN), saya orang Felda, saya tahulah kekuatan Felda tu di mana.

"Insya-ALLAH kita saksikan nanti...kita tunggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Santuni Orang Asli Kampung Gapoi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ceramah umum Perikatan Nasional (PN) pada Ahad.

Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu terbukti apabila sokongan peneroka dilihat sudah beralih kepada PN dalam pilihan raya baru-baru ini.

DUN Pelangai turut meliputi tiga penempatan Felda iaitu Felda Chemomoi, Felda Kemasul dan Felda Kemahal.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) terdapat 7,983 pengundi bagi ketiga-tiga felda tersebut berbanding 16,456 pengundi keseluruhannya.