'Patung iblis' kena cekup

MEXICO CITY - Ia sememangnya satu kejadian luar biasa apabila pihak berkuasa di Mexico menahan patung Chucky yang digunakan pemiliknya untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Suspek dikenali sebagai Carlos N didakwa menggunakan 'patung iblis' yang popular menerusi filem genre seram, Child's Play itu dengan bersenjatakan pisau sebenar untuk merompak.
Kegiatan mereka bagaimanapun terbongkar selepas kedua-duanya berjaya diberkas di bandar Monclova di negeri Coahuila pada 11 September lalu kerana mengancam orang ramai dan mengganggu ketenteraman.
"Dia sengaja mendekatkan Chucky kepada muka mangsanya. Ia jelas satu kesalahan," kata jurucakap polis.