‘Sanusi wajar digelar pemimpin pembohong nombor satu’ - Puad

Sumber gambar daripada perkongsian Puad menerusi Facebook beliau pada Isnin
Sumber gambar daripada perkongsian Puad menerusi Facebook beliau pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tepukan gemuruh sebanyak sembilan kali ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau antara saksi hidup yang berada di Dewan Persidangan Utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Ahli Parlimen Tambun itu menyampaikan ucapan.

“Oleh kerana saya saksi hidup, maka dia wajar digelar ‘pemimpin pembohong’ nombor satu Malaysia.

“Bahkan saya hadir tiga hari berturut-turut dari Selasa hingga Khamis, mendengar ucapan ketua-ketua negara lain sebelum Perdana Menteri berucap pada Jumaat.