Penerbangan Ipoh-Langkawi digantung sementara

Laluan penerbangan Ipoh ke Langkawi di LTSAS, Ipoh digantung buat sementara waktu.
Laluan penerbangan Ipoh ke Langkawi di LTSAS, Ipoh digantung buat sementara waktu.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Laluan penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini digantung buat sementara waktu.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, tempoh penggantungan itu dilakukan syarikat penerbangan AirAsia.

"Laluan tersebut hanya digantung buat sementara waktu, bukannya ditamatkan.

"Begitupun pengoperasian semula laluan penerbangan ini masih belum dapat dipastikan," katanya menjawab soalan Steven Tiw Tee Siang (PH-Tronoh) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Isnin.

Beliau berkata, buat masa ini, syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSAS adalah AirAsia dan Flyscoot.

"Sebarang laluan adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan dalam menentukan potensi laluan baharu di LTSAS ke lain-lain destinasi atau sebaliknya," katanya.

Selain Langkawi, LTSAS turut menyediakan penerbangan domestik ke Johor Bahru selain penerbangan antarabangsa Singapura ke Ipoh.

Sebelum ini, AirAsia menawarkan penerbangan Ipoh-Langkawi-Ipoh dengan kekerapan penerbangan tiga kali seminggu iaitu pada Jumaat, Ahad dan Rabu.

Artikel Berkaitan:

Penerbangan pertama berlepas dari LTSAS pada 17 September 2021 melibatkan 141 orang termasuk 23 kanak-kanak menggunakan pesawat Airbus A320.