KL City guna taktik serangan balas ikat Sri Pahang

KL City berjaya mengikat Sri Pahang FC dengan keputusan 1-1 ketika aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam Ahad.
KL City berjaya mengikat Sri Pahang FC dengan keputusan 1-1 ketika aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam Ahad.
A
A
A

PERCATURAN skuad Kuala Lumpur (KL) City FC untuk mencipta gol menerusi serangan balas membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengikat Sri Pahang FC dengan keputusan 1-1 ketika aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam Ahad.

Keputusan itu membolehkan KL City FC mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 2-1, selepas skuad The City Boys itu menang 1-0 pada aksi suku akhir pertama 17 September lalu.

Ketua Jurulatihnya, Nenad Bacina berkata, pendekatan itu dilihat lebih praktikal untuk menundukkan tuan rumah memandangkan pasukan bimbingannya terpaksa bermain dalam keadaan padang yang becak.

Beliau berkata, kebiasaannya mereka bermain dengan melakukan serangan bermula dari belakang ke hadapan, namun kali ini KL City lebih fokus terhadap serangan balas dan membiarkan Sri Pahang lebih banyak menguasai perlawanan.

"Kami lebih banyak bersabar dan apabila melakukan serangan balas ia memberi lebih banyak peluang untuk mencipta gol termasuk jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kami malam ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu malam Ahad.

Pada perlawanan itu, skuad pelawat terlebih dahulu meledak jaringan pada minit ke-29 menerusi Romel Oswaldo Morales dengan tandukan sebelum Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan melalui sepakan penalti Lucas Da Silva.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berkata, anak buahnya sudah memberikan persembahan 200 peratus di atas padang untuk memastikan kemaraan pasukan, namun nasib amat tidak menyebelahi mereka pada perlawanan tersebut.

"Sri Pahang berjaya mendominasi perlawanan ini dan kami ada sekurang-kurangnya enam peluang untuk menghasilkan gol tetapi nasib tidak berpihak kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Cuma ketika KL City mendapat sepakan percuma, kami kurang disiplin dari segi merantai pemain lawan sehingga memberi peluang kepada mereka mencipta gol pendahuluan," katanya. - Bernama