420 pembeli terima kunci pangsapuri Selangorku di Gombak

Pada Jumaat, Menteri Besar (tengah) menyempurnakan serahan kunci rumah mampu milik dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Melati Berhad itu di Gombak.
Pada Jumaat, Menteri Besar (tengah) menyempurnakan serahan kunci rumah mampu milik dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Melati Berhad itu di Gombak.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 420 pembeli termasuk 29 peneroka asal menerima kunci pangsapuri Selangorku@Seri Temenggung di Gombak.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyerahan kunci pangsapuri itu sekali gus menyelesaikan isu peneroka asal yang belum menerima tawaran penempatan.

"Kerajaan Selangor sejak 2018 telah membina 40,000 buah rumah mampu milik dan bakal mencapai 45,000 buah rumah menjelang akhir tahun ini walaupun sasaran awalnya hanyalah 30,000 buah.

"Ini dapat dilaksanakan melalui kerjasama pihak kerajaan negeri dan pihak pemaju swasta," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Menteri Besar menyempurnakan serahan kunci rumah mampu milik dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Melati Berhad itu di Gombak.

Amirudin menambah kerajaan negeri Selangor akan terus berikhtiar dalam memastikan rakyat Selangor dapat mendiami rumah yang selesa, mampu milik dan kondusif di negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan: