Pemandu maut lori rempuh belakang treler

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya selepas terbabit dalam nahas di Kampar, hari ini.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya selepas terbabit dalam nahas di Kampar, hari ini.
A
A
A

KAMPAR - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang treler di Kilometer 300.8, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 6.25 pagi itu, Azman Ahmad, 44, yang berasal dari Baling, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kemalangan itu membabitkan lori jenis Hino dan treler jenis Mercedes Actros yang bergerak dari arah sama menuju ke utara.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang telah melanggar belakang treler yang bergerak di lorong kiri.

“Pelanggaran itu menyebabkan lori terbabit melekat di belakang treler dan terseret sejauh 130 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 35 tahun tidak cedera.

“Mayat dibawa ke Hospital Kampar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘Polytrauma Secondary to Motor Vehicle Accident’.

“Kenderaan terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk pemeriksaan Puspakom. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: