Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika bot yang dinaiki terbalik di Sungai Kampung Tok Gong pada Sabtu - Foto: Bomba Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika bot yang dinaiki terbalik di Sungai Kampung Tok Gong pada Sabtu - Foto: Bomba Besut
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Kampung Tok Gong dekat sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika kejadian, mangsa iaitu Hussin Jusoh, 46, sedang melakukan aktiviti memancing udang di sungai terbabit bersama seorang rakannya, Mohd Faizol Ya, 35, kira-kira jam 1 pagi.

"Ketika memancing tiba-tiba bot yang dinaiki mereka hanyut dan tersangkut di kayu sebelum terbalik.

"Mohd Faizol sempat berenang ke tepi sungai tetapi rakannya, Hussin telah dibawa arus. Mohd Faizol tidak dapat selamatkan mangsa ketika masa itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abdul Rozak berkata, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju T bewarna biru dan berseluar gelap.

Menurutnya, pelbagai pihak terlibat termasuk bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula jam 8 pagi.

"Setakat ini operasi mengesan mangsa yang hilang masih giat dijalankan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: