Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dijangka menyaksikan urus niaga dalam jajaran lebih kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila unit negara maju itu mendapat sokongan pendirian Rizab Persekutuan AS yang cenderung menaikkan kadar faedah, kata penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dolar AS dijangka terus mengukuh pada Oktober kecuali data berkaitan ekonomi, pekerjaan serta jualan negara itu mencatat prestasi sebaliknya.

"Pasaran tidak akan mendapat sebarang sokongan ketika Rizab Persekutuan AS (Fed) terus mempertahankan pendirian menaikkan kadar faedah. Peniaga telah bertindak membeli dolar selama dua bulan berturut-turut dan mungkin berehat sehingga hujung bulan apabila data aktiviti AS diumumkan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengumuman hari ini yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Ogos mencatat dua peratus tahun ke tahun adalah sejajar dengan jangkaan ramai.