Pusat penamaan calon PRK DUN Pelangai dibuka 9 pagi ini

Calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam yang pertama memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam yang pertama memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul dibuka pada jam 9 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga jam 10 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK, Datuk Mohammad Shahid Ismail.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. - Bernama

Artikel Berkaitan: