PRK Pelangai: Cuaca diramal cerah pada penamaan calon

Gambar hiasan Bernama.
Gambar hiasan Bernama.
A
A
A

KUANTAN - Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Bentong esok, diramal cerah pada sebelah pagi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Nazian Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama pada Jumaat berkata, kawasan tersebut diramal akan dilanda ribut petir dan hujan pada sebelah petang, manakala hujan pada malamnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai yang akan bermula pada 9 hingga 10 pagi.

PRK Pelangai diadakan pada 7 Oktober ini, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. - Bernama.

Artikel Berkaitan: