Dua pekerja restoran nyaris rentung ketika nyenyak tidur

A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pekerja sebuah restoran yang sedang nyenyak tidur nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Taman Setia Tropika kira-kira jam 8 pagi tadi.

Kebakaran yang melibatkan tingkat bawah itu disedari orang awam sebelum mengejutkan kedua-duanya untuk menyelamatkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi tadi.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik stor yang berada di tingkat bawah sebuah bangunan kedai tiga tingkat. Ketika kejadian terdapat dua pekerja berada di dalam bangunan yang tidur di kedai tersebut.

"Kedua-dua dikejutkan oleh orang awam dan berjaya melarikan diri. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat jam 9.17 pagi tadi dan operasi kali ini melibatkan seramai 19 anggota daripada dua balai, dua buah jentera serta sebuah EMRS.

Artikel Berkaitan: