Dua beradik rentung ditinggal bersendirian - Bomba

KOTA KINABALU - Mayat dua beradik yang rentung dalam kebakaran melibatkan enam rumah ditemukan berdekatan di bahagian ruang tamu kediaman mereka di Kampung Pulutan, Menggatal di sini pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kedua kanak-kanak itu difahamkan bersendirian di rumah tanpa kedua ibu bapa mereka.
"Ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung itu baru saja pulang dari sekolah tadika manakala adiknya berusia lima tahun memang berada di rumah.
"Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan oleh ibunya yang keluar bekerja manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital. Sementara itu, adik beradik lain berada di sekolah.