SG4: Tun M tiada kuasa kawal negeri, hanya bantu - Sanusi

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembangunan ekonomi empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau 'State-Goverment 4' (SG4) tidak memberi peluang kepada Tun Mahathir mengawal negeri-negeri terbabit seperti dakwaan sesetengah pihak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebaliknya khidmat dan pengalaman Tun Mahathir akan membantu pembangunan negeri-negeri terbabit berkembang maju dan berdaya saing.

"Tun tak ada kuasa apa, tak ada jawatan apa, dia cuma nak bantu berdasarkan pengalaman dia oleh kerana dia ada pengalaman jadi Perdana Menteri begitu lama.

"Lagipun dia ada rangkaian dan perhubungan yang bagus (dalam pelaburan), dia sanggup nak bantu apa salahnya," katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Pengarah, Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd (KPTC) di Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.