SG4: 'Salahkah belajar daripada individu hebat seperti Tun M'?

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA NERUS - Adakah salah mengambil ilmu daripada individu yang mempunyai pencapaian tertentu?, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri menafikan bahawa pembentukan kerjasama dikenali sebagai 'State-Government 4' (SG4) dilihat seperti mahu memusuhi kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, ketika pertemuan pertama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah sesekali menyentuh soal politik semasa berucap pada program tersebut.

"Ia hanya menyentuh soal pentadbiran bagaimana meningkatkan kecekapan dan tidakkah kita ingat sepanjang tempoh pemerintahan diterajui Tun M sebelum ini telah menunjukkan pencapaian yang tertentu. Jadi adakah salah bagi kami untuk ambil ilmu daripada individu yang telah meraih pencapaian tertentu tersebut.