Nilai eksport produk buluh naik 66.1 peratus - Fadillah

Fadillah melawat reruai pameran produk-produk berasaskan buluh selepas Majlis Perasmian Program ‘World Bamboo Day Malaysia 2023’ di Auditorium FRIM pada Khamis. - Foto Bernama
Fadillah melawat reruai pameran produk-produk berasaskan buluh selepas Majlis Perasmian Program ‘World Bamboo Day Malaysia 2023’ di Auditorium FRIM pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

NILAI eksport produk buluh Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 66.1 peratus kepada RM14.46 juta pada 2022 berbanding RM8.7 juta pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Nilai import produk buluh bagi 2022 adalah sebanyak RM129.18 juta dengan kebanyakannya diimport dari China, Indonesia dan Vietnam.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pada masa ini, terdapat 577 pengusaha terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia yang merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan.

Selain itu, transformasi industri buluh juga perlu dilakukan secara holistik atau menyeluruh dan memastikan penghasilan produk buluh bernilai tambah tinggi dapat dicapai.