Manjakan ibu sempena hari istimewa di Hotel Pavilion Kuala Lumpur

Selepas makan, apa kata anda cuba pengalaman di Banyan Tree Spa, Hotel Pavilion Kuala Lumpur pula.
Selepas makan, apa kata anda cuba pengalaman di Banyan Tree Spa, Hotel Pavilion Kuala Lumpur pula.
A
A
A

SEMPENA Hari Ibu Sedunia hari ini, Hotel Pavilion Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Banyan Tree telah menyusun pakej makan istimewa di Restoran Ebisu dengan lima hidangan khas.

Antara ialah Salad Garden Wild with Raw Seafood, Crab Stick and Japanese Cucumber dengan sos mayonis, California Roll dan Prawn Tempura Roll termasuk variasi pencuci mulut yang lazat.

Harga bermula pada kadar RM380 (untuk tiga hingga empat orang).

"Di Hotel Pavilion Kuala Lumpur, kami benar-benar mahu memberi kegembiraan kepada ibu-ibu dengan tawaran yang hebat dan memuaskan," kata Pengurus Besar Hotel Pavilion Kuala Lumpur, Anders Dimblad.

Menu Hari Ibu istimewa itu disediakan pada Ahad lalu bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan makan malam (6 petang hingga 11 malam).

Selain itu, bagi memanjakan lagi ibu tersayang, apa kata anda membawa mereka berurut dengan tukang urut profesional di Banyan Tree Spa.

Menariknya perkhidmatan itu berterusan hingga 31 Mei depan. Sebarang tempahan boleh e-mel pavilionhotel@banyantree.com.

Artikel Berkaitan: