Perubahan ketara setahun pemerintahan PH

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

PANDAN INDAH – Selepas setahun pemerintahan kerajaan PH banyak perubahan telah dilaksanakan termasuk keselarasan antara jabatan dan agensi persekutuan dengan Kerajaan Negeri lebih mudah.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, koordinasi projek dan penggunaan bajet jadi lebih sistematik dan tiada duplikasi.

“Sebagai contoh ketua kampung juga menerima bajet pusat dan ditampung juga oleh negeri. Negeri memainkan peranan lebih besar dalam pelaksanaan aktiviti pembangunan manakala kerajaan pusat membuat perancangan secara makro,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Izham berkata, banyak perancangan dan tindakan di negeri dibuat secara bersama dan bersepadu. contoh maklumat berhubung kelayakan peserta dalam program negeri disemak oleh e-kasih yang diuruskan oleh kerajaan pusat.

“Sangat banyak perkara baharu dan penambahbaikan sedang dirangka dan ada yang sedang dibuat antaranya berkaitan infrastruktur, mengurangkan agensi terlibat dalam urusan pembinaan dan penyelenggaraan jalan daripada empat kepada dua iaitu hanya Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan ‘common utility mapping’ untuk seluruh Selangor akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pengenalan common utility trenches atau tunnels di kawasan strategik bagi tujuan mengurangkan kerosakan jalan kerana korekkan,” katanya.

Menurutnya, langkah bersepadu pemantauan lubang jalan dan permakluman tindakan susulan secara semasa.

Artikel Berkaitan:

“Penyelesaian isu penyelenggaraan kolam takungan banjir berjumlah hampir 600 supaya program bersepadu tebatan banjir dapat berfungsi dengan optimum,” katanya.

Izham berkata, penyelarasan pembangunan infra digital secara bersepadu dan pemeliharaan Sungai di Selangor secara holistik.

“Peringkat pertanian pula, kita akan melaksanakan pendekatan kaedah moden dan berhasil tinggi dalam pertanian Selangor melibatkan jenis tanaman dan ternakan yang boleh memberi pulangan tinggi termasuk ladang lemon myrtle, nanas MD2, roselle, exotic melons dan ternakan dan pembakaan lembu dan kambing serta ternakan arnab daging,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperkenalkan kaedah pemasaran terbaru dan meluas seperti Selangor agro market, online marketing dan pasaran eksport.

“Kita mahu menggalakkan penggunaan input pertanian yang mesra alam seperti effective microbes dan baja organik serta kawalan penyakit yang mesra alam,” katanya.