Polis campur tangan atasi penyelewengan bekalan asas

JOHOR BAHRU - Polis tidak teragak-agak campur tangan bagi memastikan bekalan barang asas seperti beras, minyak, telur dan gula tidak diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, setakat ini polis telah menerima satu laporan berhubung penyeludupan minyak masak oleh sindiket di kawasan Johor Bahru.
"Berkaitan kes ketiadaan barang keperluan asas seperti minyak masak, beras tempatan, telur dan gula, polis akan ambil tindakan sekiranya ia menyebabkan keresahan masyarakat.
"Walaupun ia bukan tugas hakiki polis tetapi memandangkan ia menjejaskan ketenteraman masyarakat, polis akan ambil tindakan terhadap pihak yang terlibat sindiket menyorok beras tempatan atau minyak masak.