'Saya rasa 'down' masa nak siapkan Sitism' - Tokti

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sedikit tertekan ketika merakamkan album solo terbaharunya, Sitism.
Akibat masalah kesihatan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mengakui harus mengambil masa yang lama untuk merakamkan sebuah lagu.
“Proses itu bertambah lama sebab kondisi suara, memang tak boleh nak buat apa, kalau suruh saya husky lagi memang tak keluar suara saya sebab nafas pun pendek sangat pada masa itu.
“Sebagai penyanyi, suara itu adalah satu aset sebab itu saya boleh katakan saya rasa down bila nak siapkan sebab ada lagu yang mengambil masa sampai tiga jam sebab selalu saya ambil masa satu jam atau paling cepat 30 minit sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan album Sitism pada Rabu.