ASNB rai pemenang

Muzaffar (lima dari kiri) dan pengurusannya bergambar kenangan bersama pemenang hadiah kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online pada Rabu.
Muzaffar (lima dari kiri) dan pengurusannya bergambar kenangan bersama pemenang hadiah kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), telah meraikan pemenang fasa satu bagi Kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online dalam satu majlis penyampaian hadiah pada Rabu.

PNB dalam satu kenyataan berkata, dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, ASNB telah menjemput seramai 39 orang pemenang untuk menerima hadiah masing-masing.

“Kedua-dua kempen ini berlangsung serentak bermula 1 Mac sehingga 29 Februari 2024 merupakan kempen tahunan ASNB untuk menggalakkan rakyat Malaysia menabung dalam jangka panjang serta mengguna pakai penyelesaian digital bagi memudahkan pelaburan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Kempen Simpan Vaganza terbuka khusus untuk pelaburan dalam ASB dan ASB 2 manakala Simpan Vaganza Online terbuka kepada pelaburan dalam mana-mana unit amanah ASNB menerusi platform dalam talian iaitu myASNB, perbankan internet, e-wallet dan Kiosk ASNB.

“Terdapat tiga fasa bagi kedua-dua kempen ini iaitu fasa satu bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2023, fasa dua bermula 1 Julai hingga 31 Oktober dan fasa ketiga bermula 1 November 2023 hingga 29 Februari 2024.

“Sejumlah 1.2 juta penyertaan diterima bagi fasa satu untuk kedua-dua kempen dan seramai 1,297 pemenang menerima jumlah hadiah bernilai lebih RM880,000 seperti iPhone 14, barangan elektrik, baucar percutian, serta hadiah utama sebuah Toyota Yaris,” kata kenyataan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman, peningkatan had pelaburan ASB dan ASB 2 sebanyak RM300,000 serta penambahan saiz dana ASM kepada RM5 billion baru-baru ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menambah lagi simpanan mereka dan menjana pulangan yang konsisten dalam instrumen pelaburan berisiko rendah.

“Pemegang unit dinasihatkan untuk mengemaskini butiran peribadi mereka di 32 cawangan ASNB dan 2,600 bank di seluruh negara. Pemegang unit juga boleh mengemas kini butiran mereka dengan mudah melalui aplikasi myASNB,” kata Muzaffar.

Artikel Berkaitan:

Alias diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Simpan Vaganza fasa satu bergambar kenangan bersama Toyota Yaris miliknya.
Alias diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Simpan Vaganza fasa satu bergambar kenangan bersama Toyota Yaris miliknya.

Sementara itu, Alias A Rahman, 66 diumumkan sebegai pemenang utama Simpan Vaganza fasa satu.

“Sebagai pemegang unit yang sudah melabur lebih 30 tahun dalam ASB, saya sering memilih ASB sebagai platform simpanan pilihan kerana cirinya yang selamat dan mudah,” kata Alias.

Orang ramai masih berpeluang untuk menyertai kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online. Hadiah utama bagi pemenang fasa dua dan fasa tiga ialah Toyota Yaris dan Toyota Corolla Cross.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen-kempen ASNB, orang ramai boleh melayari laman web rasmi asnb.com.my atau laman sosial media rasmi ASNB.