Akaun IG digantung kerana aktiviti agresif, Che Ta buat rayuan

AKTRES dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, serentak dengan itu dia turut menerima e-mel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.
“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.