Kes serang pengadil: ARL FC, jurulatih digantung

Video yang tular sebelum ini menunjukkan seorang pengadil melarikan diri selepas diserang sekumpulan individu sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala Liga PBI di padang DR Seenivasagam di sini pada 14 September lalu.
Video yang tular sebelum ini menunjukkan seorang pengadil melarikan diri selepas diserang sekumpulan individu sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala Liga PBI di padang DR Seenivasagam di sini pada 14 September lalu.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Ipoh (PBI) mengenakan tindakan penggantungan kepada pasukan ARL FC selama tiga tahun susulan insiden pengadil diserang selepas perlawanan separuh akhir Liga Bola Sepak Ipoh di Taman DR Seenivasagam di sini pada 14 September lalu.

Jawatankuasa Tatatertib PBI, Mohd Zakaria Mohamed memaklumkan, Ketua Jurulatih ARL FC, Mohammad Azahar Arafullah dan Penolong Jurulatih ARL FC, Mohd Zaidi Abdul Hamid turut digantung selama lima tahun kerana tindakan menyerang pengadil ketika kejadian berkenaan.

Beliau menjelaskan tempoh penggantungan bagi kelab serta dua individu itu akan bermula pada tarikh kesalahan dilakukan selain kelab berkenaan turut dikenakan denda sebanyak RM500.

"Pasukan ARL FC juga tidak dibenarkan bertandingan di dalam kejohanan anjuran PBI di dalam tempoh pengantungan namun, keputusan ini boleh dirayu.

"Bagi ketua jurulatih dan penolong jurulatih pula, hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama serta keputusan ini juga boleh dirayu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Zakaria berkata, selain itu Jawatankuasa Tatatertib PBI yang bersidang pada 20 September lalu turut menggantung Ketua Jurulatih pasukan GMC, Ahmad Faridzul Harun selama lima perlawanan dan denda RM300 kerana membaling objek dan mengeluarkan kata-kata yang menghina kepada pengadil perlawanan selepas menerima kad merah.

Bagi pemain simpanan pasukan GMC, Nor Shahrul Rizan Jumahary pula dikenakan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM200 kerana tiga kesalahan termasuk mengeluarkan kenyataan di dalam media sosial mengenai mutu pengadilan pengadil PBI.

Dalam pada itu, penyokong dan pemain-pemain simpanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson yang masuk ke padang setelah pengadil meniup wisel penamat bagi meraikan kemenangan diberikan amaran keras.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 16 September lalu melaporkan seorang pengadil yang mengendalikan perlawanan bola sepak kelab tempatan dikejar sekumpulan pemain dan jurulatih dipercayai akibat tidak puas hati dalam satu kejadian di Taman DR Seenivasagam dekat sini.

Kejadian sekitar jam 6.55 petang pada Khamis itu berlaku semasa perlawanan separuh akhir antara dua kelab liga bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan serta tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.