Banjir: 178 penduduk dipindah ke PPS di Limbang

Seramai 178 penduduk dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Baru, Medamit dekat sini dilanda banjir, pada Rabu. - Foto Facebook
Seramai 178 penduduk dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Baru, Medamit dekat sini dilanda banjir, pada Rabu. - Foto Facebook
A
A
A

LIMBANG - Seramai 178 penduduk dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Baru, Medamit dekat sini dilanda banjir, pada Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri dalam satu kenyataan pada khamis berkata, PPS Dewan Masyarakat Medamit dibuka pada jam 4.30 petang selepas kampung tersebut dilanda banjir berikutan cuaca hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

"Kesemua yang dipindahkan ke PPS itu terdiri daripada 61 keluarga dari kampung tersebut,” katanya.

Berdasarkan Sistem Telemetri Hidrologi dalam talian di laman web iHydro pagi Rabu, paras air Stesen Ukong di Limbang melepasi tahap bahaya 6.50 meter dengan catatan 7.17 meter namun menunjukkan trend paras air menurun.

Sementara itu, bacaan paras air di Stesen Long Teru di Bahagian Miri mencatatkan 7.48 meter berbanding paras berjaga-jaga 7 meter.

Tiga stesen mencatatkan paras berwaspada iaitu Stesen Sungai Daussan di Bahagian Mukah (6.22 meter), Stesen Sungai Salim di Bahagian Sibu (2.7 meter) dan Stesen Marudi di Bahagian Miri (2.86 meter). - Bernama

Artikel Berkaitan: