Bukti penstrukturan semula TH langkah tepat

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pasukan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan penstrukturan semula TH sehingga berjaya mencatat keuntungan dalam pendapatan institusi tersebut merupakan langkah tepat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kejayaan dari usaha yang dilakukan TH sebenarnya membunuh segala dakwaan tidak berasas pembangkang ke arah merosakkan reputasi TH.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan TH kerana ambil langkah positif ke arah untuk mengembalikan kedudukan kewangan TH melalui penstrukturan dan pemulihan.

“Apa dilakukan itu dan apa dicapai ini (keuntungan pendapatan) sebenarnya telah pun membunuh segala dakwaan yang tidak berasas yang merupakan percubaan ke arah untuk merosakkan reputasi TH.

“Pelbagai isu dibangkitkan pembangkang berkaitan TH, telah berjaya ditepis dan akhirnya keuntungan yang diperoleh ini adalah satu jawapan terhadap kebodohan pemimpin pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji catat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama

Terdahulu, TH memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta dan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac tahun ini.

TH dalam satu kenyataan semalam berkata, pencapaian itu dicapai hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah berkata, dengan keuntungan tersebut, beliau menyifatkan keyakinan pendeposit ke atas TH masih tinggi selain percaya akan lebih ramai pendeposit baharu akan menyimpan di TH.

“Di harap apa yang dilakukan menteri dan pasukan pengurusan TH perlu diteruskan ke arah memulihkan kedudukan kewangan TH dan selepas ini boleh bebas daripada kebergantungan kepada dana kerajaan yang diumumkan sebelum ini.

“Kita harap, ia (keuntungan pendapatan selepas ini) boleh membawa pulangan lebih baik dari segi hibah atau dividen kepada pendeposit,” katanya.