Pahang isytihar 18 kawasan STR Generasi Baharu Felda

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengisytiharkan 18 kawasan dalam wilayah Felda sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan.Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada Rabu.

Menurutnya, melalui skim itu, generasi baharu Felda berpeluang untuk membina rumah mereka di atas tanah yang akan diberi milik kerajaan negeri dengan infrastruktur khususnya akses ke setiap lot akan disediakan oleh pihak Felda.

"Kawasan STR Generasi Baharu Felda Pahang itu melibatkan 10 kawasan di wilayah Mempaga, wilayah Jengka (4 kawasan) dan wilayah Kuantan (4 kawasan).

"Proses pemberimilikan tanah ini akan diuruskan secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada pihak Felda," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, pelaksanaan STR Generasi Baharu Felda Pahang itu membolehkan generasi baharu Felda di negeri ini memiliki kediaman yang selesa dengan kemudahan infrastruktur mencukupi bagi menjalani kehidupan sejahtera bersama keluarga.

Artikel Berkaitan: