Sekolah di bawah khemah

Kira-kira 32 khemah tradisional didirikan untuk dijadikan sebagai sekolah sementara di Asni.
Kira-kira 32 khemah tradisional didirikan untuk dijadikan sebagai sekolah sementara di Asni.
A
A
A

ASNI - Di kawasan pergunungan dilanda gempa di Maghribi, Abdessamad El Berd, 13, terpaksa bangun tidur sebelum waktu Subuh untuk melakukan perjalanan agak jauh ke 'bandar khemah' yang kini menjadi sekolah baharunya.

Dia turut ditemani bapanya untuk berjalan kaki sejauh 14 kilometer (km) dari perkampungan Tinghar ke sekolah sementara yang dibuka di bandar kecil Asni di kawasan bencana di selatan Marrakesh.

“Saya tidak mahu dia terlepas sesi persekolahan. Saya tahu keadaan ini agak sukar buatnya dan tidak tahu sampai bila anak saya mampu bertahan,” ujar Brahim El Berd, 45.

Ketika ini, Kementerian Pendidikan mendirikan kira-kira 32 khemah tradisional di Asni untuk dijadikan sebagai sekolah kepada 2,800 murid dan pelajar terjejas gempa berkekuatan 6.8 skala Richter yang telah meragut hampir 3,000 nyawa pada 8 September lalu.