Iran perkenal undang-undang berkaitan tudung kontroversi

Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung - AFP
Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung - AFP
A
A
A

TEHRAN - Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Ahli Parlimen mengundi pada Rabu untuk memperkenalkan undang-undang kontroversi itu secara percubaan bagi tempoh tiga tahun, menurut agensi berita negara IRNA.

Peraturan itu dalam versi terbaharunya, memperuntukkan hukuman yang berat, termasuk denda untuk kesalahan berulang.

Dalam sesetengah kes, penjara sehingga 15 tahun dan denda melebihi €5,000 (AS$5,350) boleh dikenakan. Wanita asing boleh diusir dari negara ini.

Selebriti akan dikenakan hukuman berat jika sabit kesalahan dengan draf itu memperuntukkan larangan profesional sehingga 15 tahun. Badan kehakiman juga boleh merampas satu persepuluh daripada aset mereka. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: