Sultan Perak rasmi Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) mengaminkan doa selepas berkenan merasmikan Masjid Daerah Tapah ketika hadir di majlis merasmikan masjid tersebut dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Tapah hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

TAPAH - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di pekan Tapah, hari ini.

Baginda juga berkenan menukar nama Masjid Daerah Tapah kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada majlis berkenaan.

Keberangkatan tiba Baginda pada jam 7 petang itu disambut jawatankuasa masjid dan pentadbiran kerajaan negeri.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari, Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin.

Baginda berkenan membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid diikuti bacaan doa sebelum berbuka puasa bersama kira-kira seribu rakyat jelata dan berkenan sebelum menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat.

Masjid Daerah Tapah yang dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. Nama baharu bagi masjid tersebut ialah Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Bernama
Masjid Daerah Tapah yang dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. Nama baharu bagi masjid tersebut ialah Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Bernama

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM140,500 kepada empat penghulu yang mewakili 562 penerima dari empat mukim.

Empat mukim berkenaan adalah Mukim Sungkai, Mukim Chenderiang, Mukim Batang Padang dan Mukim Bidor.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid turut menyampaikan zakat fisabilillah kepada pihak pengurusan masjid sebanyak RM25,000.