Mahathir puas hati peranan Rahim Noor

Rahim dan Tun Mahathir
Rahim dan Tun Mahathir
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berpuas hati dengan peranan yang dimainkan fasilitator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Noor, dalam rundingan damai bagi menamatkan kitaran keganasan di selatan Thailand.

Beliau berkata, rundingan damai antara badan induk yang mewakili puak-puak di situ iaitu Mara Patani dan kerajaan Thailand berjalan dengan baik, tetapi jalan penyelesaiannya akan mengambil masa.

"Mencari jalan penyelesaian di selatan Thailand bukanlah sesuatu yang mudah, kerana perselisihan melibatkan banyak puak. Kita kena panggil semua puak untuk minta pandangan mereka selain kepentingan mereka," katanya di sidang media selepas menerima ijazah doktor kerhormat kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit di sini hari ini.

Dr Mahatir berkata beliau juga baru satu atau dua kali berjumpa dengan Abdul Rahim yang berperanan sebagai fasilitator proses damai selatan Thailand itu.

Abdul Rahim yang juga bekas ketua polis negara dilantik sebagai fasilitator rundingan damai di selatan Thailand pada 25 Ogos lepas menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim. - Bernama

Artikel Berkaitan: