Bisa Real Madrid bangkit tundukkan Real Sociedad

Pemain Real Madrid meraikan kemenangan ke atas Real Sociedad 2-1 dalam saingan La Liga awal pagi Isnin. - Foto EPA.
Pemain Real Madrid meraikan kemenangan ke atas Real Sociedad 2-1 dalam saingan La Liga awal pagi Isnin. - Foto EPA.
A
A
A

REAL Madrid meneruskan momentum cemerlang apabila mengekalkan rekod bersih 100 peratus untuk memimpin carta La Liga setelah mengharungi lima perlawanan musim ini.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu melakar kemenangan kelima setelah bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Real Sociedad 2-1 awal pagi Isnin.

Dalam aksi itu, Real Sociedad terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Ander Barrenetxea, namun Madrid bangkit membalas hasil ledakan Fede Valverde dan Joselu.

Pemain pertahanan kiri Madrid, Fran Garcia menghargai sokongan padu peminat yang dianggap sangat menakjubkan.

“Kami tahu apabila beraksi di laman sendiri, sokongan diterima sangat luar biasa,” katanya.

Dalam aksi itu, pemain England, Jude Bellingham tidak dapat meneruskan aksi cemerlang selepas menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pertama Madrid, tetapi kekal sebagai penjaring terbanyak La Liga.

Madrid akan memulakan saingan Liga Juara-Juara menanti kunjungan Union Berlin di laman sendiri pada Khamis.

Tanpa pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema pada musim panas serta Vinicius Junior yang mengalami kecederaan Madrid tetap menyengat.

Artikel Berkaitan:

“Sekarang kami perlu memikirkan perlawanan seterusnya yang akan datang tidak lama lagi,” ujar Garcia.