Fernandes kekal rekod bersih Portugal

Fernandes
Fernandes
A
A
A

BRUNO Fernandes memastikan Portugal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi lima perlawanan ketika menewaskan Slovakia, 1-0 dalam aksi Kumpulan J Kelayakan Euro 2024 di Tehelne Pole, Bratislava pada Sabtu.

Gol tunggal kapten Manchester United itu juga merupakan hadiah hari lahirnya yang ke-29 menyaksikan Portugal kendalian Roberto Martinez gah memimpin kumpulan dengan 15 mata, lima mata mengatasi Slovakia di kedudukan kedua.

Kempen kelayakan kali ini juga menyaksikan benteng pertahanan Portugal tidak melepaskan sebarang gol, sebaliknya menjaringkan lima jaringan dalam lima perlawanan.

“Kami tahu bahawa perlawanan ini akan menjadi rumit tetapi kami berjaya membuka kunci permainan di Bratislava.

"Corak permainan Slovakia menyebabkan kami perlu lebih menguasai lebih banyak bola, selain kekal lebih bersabar," kata Fernandes yang meledak jaringan pada minit ke-43.

Tanpa pemain pertahanan veteran Pepe, 40, yang mengalami kecederaan, Martinez memilih pertahanan Benfica berusia 19 tahun Antonio Silva bersama Ruben Dias di bahagian tengah pertahanan.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo membuat penampilan ke-201 di Portugal pada usia 38 tahun, menjaringkan gol menentang Slovakia pada 2005 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, satu daripada rekod 850 gol kerjayanya bagaimanapun kurang memberi impak dalam melebarkan jaringan dalam perlawanan ini.

Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu juga membuat penampilan sulung di Portugal pada 2003 dan mempunyai lebih banyak gol antarabangsa dengan 123, dan penampilan berbanding pemain lain.

Artikel Berkaitan:

“Fokus kami adalah pada perlawanan seterusnya...

“Kami tahu apa yang diperlukan untuk berada di Euro, tetapi apa yang kami mahu ialah memenangi setiap perlawanan,” ujar Fernandes apabila ditanya sama ada kemampuan pasukan untuk layak ke Euro 2024.