Hernandez kembali, Kante, Pogba dipinggir

Hernandez
Hernandez
A
A
A

TONGGAK pertahanan Lucas Hernandez dipanggil semula ke skuad Perancis untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ireland dan aksi persahabatan menentang Jerman.

Hernandez sebelum ini diketepikan selama beberapa bulan musim lalu selepas mengalami keretakan ligamen cruciate pada Piala Dunia, tetapi dia telah bermain tiga perlawanan Ligue 1 untuk Paris Saint-Germain (PSG) musim ini selepas berpindah ke juara Perancis itu pada Julai.

Pemain pertahanan Arsenal, William Saliba juga kembali menyertai skuad, selepas pulih daripada kecederaan belakang yang menyebabkannya tidak dapat beraksi awal tahun ini.

Dalam pada itu, pemain tengah N'Golo Kante, pemenang Piala Dunia 2018 yang menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Ittihad pada Jun, telah diketepikan daripada skuad.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menangani beberapa masalah kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membuat hanya dua penampilan untuk Perancis sejak 2022.

“Dia bermain semula, dia bermain beberapa perlawanan berturut-turut, bukan kesemuanya perlawanan penuh, dengan tahap liga yang baik, walaupun intensiti tinggi, ia tidak sesuai.

"Dia baru sahaja keluar setahun. Saya rasa dia perlu teruskan dan pemain yang berada di sana semasa ketiadaannya menepati jangkaan saya.

"(Kante) masih layak untuk dipilih, tetapi pada kali ini saya mengambil pilihan untuk mengesahkan pemain muda yang telah bertindak balas dengan baik kepada jangkaan peringkat tertinggi," kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Artikel Berkaitan:

Tonggak kreatif Paul Pogba juga disisihkan telah membuat satu penampilan gantian untuk Juventus musim ini selepas pembedahan lutut dan kecederaan otot mengehadkannya kepada hanya 161 minit musim lalu.

Deschamps percaya dengan keupayaan pemain tengah itu untuk kembali ke tahap terbaiknya.

"Dia mempunyai kekuatan mental dan pengalaman, tetapi ia tidak akan berlaku dengan memetik jari. Dan jika dia kembali ke tahap terbaiknya, dia akan menjadi pencabar utama untuk pasukan Perancis sekali lagi," ujar Deschamps.

Perancis, yang mengungguli Kumpulan B, melayan kunjungan Ireland pada 7 September di Parc des Princes sebelum bertandang menentang Jerman pada 12 September.

Skuad Perancis

Penjaga gol: Alphonse Areola (West Ham United), Mike Maignan (AC Milan), Brice Samba (Lens)

Pertahanan: Axel Disasi (Chelsea), Lucas Hernandez (Paris St Germain), Theo Hernandez (AC Milan), Ibrahima Konate (Liverpool), Jules Kounde (Barcelona), Benjamin Pavard (Inter Milan), William Saliba (Arsenal), Dayot Upamecano (Bayern Munich)

Pemain tengah: Eduardo Camavinga (Real Madrid), Youssouf Fofana (Monaco), Boubacar Kamara (Aston Villa), Adrien Rabiot (Juventus), Aurelien Tchouameni (Real Madrid)

Penyerang: Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Kingsley Coman (Bayern Munich), Ousmane Dembele (Paris St Germain), Olivier Giroud (AC Milan), Randal Kolo Muani (Eintracht Frankfurt), Kylian Mbappe (Paris St Germain), Marcus Thuram ( Inter Milan)