Beli 'online' rekod kes penipuan tertinggi

KAMARUL ZAMAN
KAMARUL ZAMAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang mencatatkan aduan penipuan tertinggi membabitkan kerugian sebanyak RM7.17 juta sepanjang tempoh Januari hingga 16 September tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu menyumbang 23.3 peratus daripada keseluruhan, 2,079 kes jenayah penipuan dalam talian di negeri ini dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM71.85 juta.

"Terdapat lima kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang (belian secara dalam talian) yang merekodkan jumlah tertinggi dengan 485 kes diikuti pelaburan tidak wujud (382), Phone Scam (368), tawaran kerja (361) dan pinjaman tidak wujud (338)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, sebanyak 478 Kes daripada keseluruhan 2,079 kes penipuan dalam talian telah dilaporkan kepada National Scam Response Centre (NSRC) bagi tujuan sekatan aktiviti akaun bank tersebut.

"Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan segera menghubungi NRSC di talian 997 sebagai tindakan awal untuk sekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek.

"Orang ramai diminta lebih berwaspada sewaktu berurusan secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Semak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi 'semak mule' yang disediakan secara dalam talian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial," katanya.

Artikel Berkaitan: