JAIS pastikan isu ancam perpaduan ditangani sebaik mungkin

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memastikan isu sensitif yang boleh mengancam perpaduan kaum di negeri itu ditangani dengan sebaik mungkin.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihak JAIS memandang serius isu sensitif terutama berkaitan perbezaan kefahaman agama, adat dan juga budaya.

Menurutnya, sebagai sebuah negara mempunyai rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan kesepakatan.

“Perbezaan dan kepelbagaian ini perlu diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya perpecahan kaum serta rasis antara kaum dan agama,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Sabtu.

Mengenai Seminar Masyarakat Majmuk: ‘Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih’ sempena konvensyen tersebut, beliau berkata, JAIS menjunjung tinggi nilai seperti persaudaraan, keadilan dan toleransi dalam masyarakat majmuk.

“Dalam Islam, konsep masyarakat majmuk dan harmoni memiliki dasar dalam ajaran agama.

“Meskipun tiada hadis secara eksplisit menyebutkan ‘masyarakat majmuk’, prinsip dalam Islam mendorong perdamaian, toleransi, dan kerjasama antara individu pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama,” katanya.

Artikel Berkaitan: