Himpunan di ibu negara tidak patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 - Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan berkenaan Himpunan Selamatkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai tidak patuh selepas dilaksanakan di ibu negara pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, himpunan itu bermula di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira jam 1.15 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang di hadapan pusat beli-belah Sogo membabitkan 16 ucapan individu.
Menurutnya, polis telah mengambil tindakan dalam memudahcarakan perhimpunan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Saya menekankan perkara ini dan pihak polis sebagai penguat kuasa undang-undang. Jadi kita berpandukan undang-undang iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menggariskan perkara yang perlu dipatuhi oleh polis dan penganjur khususnya Seksyen 9, 10 dan 11.