Mayat bayi di kawasan longgokan sampah

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di Jelapang semalam.
Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di Jelapang semalam.
A
A
A

JELAPANG - Seorang pengutip sampah dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan yang ditinggalkan dalam bakul di kawasan longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian di sini hari ini.

Bayi berkenaan ditemui kira-kira jam 1.45 petang ketika lelaki terbabit sedang mengutip sampah sebelum meneliti bakul bertutup berwarna biru tersebut.

Lelaki terbabit ternampak rambut dalam gulungan tuala biru bertindak meminta bantuan penduduk berhampiran untuk menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, pemeriksaan menemui bayi yang cukup sifat dan bertali pusat namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Bayi yang baru dilahirkan itu dibalut dengan sehelai tuala biru sebelum bakul berkenaan diletakkan di kawasan longgokan sampah berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen atau nota ditinggalkan bersama. Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti individu yang bertanggungjawab meletakkan mayat bayi berkenaan di situ,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat bayi tersebut dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: